Wednesday, January 11, 2012

Beruntungnya perempuan yang mempunyai rahim...




1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh
kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KEPADA PEREMPUAN


✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu,
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi,
✔ GELANG → Tanda mesra,
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian,
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan,
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin,
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu,
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi,
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta,
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan,
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur,
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang,
✔ COKLAT → Semanis cintamu,
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan,
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat,
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!! Aku akan mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup),

Tetapi hadiah yang paling di nanti²kan oleh setiap perempuan adalah..

MASUK MEMINANG dan NIKAHI dia → Tandanya dia serius n betul² ikhlas mencintai kamu..

Monday, January 9, 2012

Ujian Allah.. =)


Ujian Allah... Kadang-kadang hanya mampu tersenyum... kadang-kadang tanpa disedari..titisan airmata mengalir tanpa di pinta...Ujian Allah banyak..bukan hanya yang sukar..tapi dalam senang juga Ujian itu menjengah..hanya untuk menguji tahap kesabaran dan kesyukuran kita..
Ramai yang tidak pernah sedar dengan setiap ujian yang menjengah.. bila susah.. mula merungut... bila senang mula lupa... "Yes!!" ungkapan pertama...bila berjaya.. hmmm?? mana "ALHAMDULILLAH" insan lemah... mudah lupa..mudah alpa...benar kata bekas PM kita.. "MELAYU MUDAH LUPA" bukan hanya lupa dengan adat, tp lupa apa yang di pegang...
Bila susah...mula nak salahkan takdir... pernah ke nak bersyukur dengan setiap ap yg berlaku??? diri tahu, setiap yang terjadi ada hikmah..tp pernah nak sedar?? manusia... bila senang lupa...bila susah... merungut...
BILA NAK SEDAR???
kadang-kadang ramai yang bertanya... syukur tu setakat Alhamdulillah je ke??? Ya Allah...
hanya Alhamdulillah..Tapi lakukan segala amalan yang baik, tinggalkan segala kemungkaran...ingat Allah selalu.
Itulah manusia... cuma perlu sedar...dan saling mengingati.
jum kita sama-sama mula berubah...untuk diri, agama, keluarga dan semuanya..hanya kerana Allah...
hehehe...fyda suka2 menulis...kadang2 kita tgk org...tanpa kita sedar kita pun pernanh melakukan salah
yang x sepatutnya kita lakukan...so... sama-sama kita berubah untuk kita bersama... Assalamualaikum...

apa ada pada 2011????

apa yang ada pada 2011???BANYAK MANIS DARI PAHITNYA...syukur... Allah bukakan segalanya...mmg pada mulanya sukar...tp dasarnya semua berhikmah...tp semuanya perlu kita lalui dgn tenang dan jangan terlalu banyak berfikir...betul kata org...jangan terlalu mengharap pada sesuatu yang x pasti...cuma kini..perlu sentiasa bersiap sedia dengan apa jua yang bakal kita hadapi.."rilex Fyda" ungkapan yang selalu di dengari...Alhamdulillah.dengan ungkapan itu lah ak kini semakin kuat dan mampu untuk berhadapan dengan segalanya...walaupun mestinya... setiap kesenangan, pasti akan di singgahi oleh kesusahan...walaupun hanya seketika...kini...sabar...senyum...dekatkan diri pada Allah... kerana takkan ada yang lebih baik melainkan hanya dari Allah... moga 2012 akan mendatangkan sesuatu yang lebih indah,dan mendapat keredhaan dr Allah...Amin~~

Apa yang penting??? sebelum Majlis~~~


hehehe...nie ha...saja nak kongsi..fyda pun dldm perancangan jugak...so..masing2 tengah merangcang..dlm merancang..fyda tiba2 terfikir dgn benda2 kat bawah nie..benda2 penting...fyda atur semua..ikut budget...n ikut cr majlis jugak...tp nie semua cuma anggaran ja...hehehe...pergh!! boleh tehan jugak..tp itulah gunanya hidup perkongsian kan???? jum...kita tgk2 jap...

Bila sudah ada pasangan dan telah sama-sama bersedia dan bersetuju untuk menirikan rumahtangga, anda perlulah merancang seperti di bawah ni:

1.Cari tarikh majlis yang sesuai cepat-cepat.
Orang sekarang ada yang tempah dewan setahun awal dari tarikhnya tau. Sebab takut tak boleh buat pada masa tu disebabkan orang lain dah tempah dulu. Kalau lambat, susah nak buat perancangan untuk benda-benda lain nanti.

2. Belanja makan/kenduri:
Kira ikut kepala. Katalah RM 10 sekepala x jumlah tetamu yang nak datang majlis kita. Ini kos untuk katering ya. Kalau 1000 orang (RM 10 x 1000 orang = RM 10,000).
ni anggaran je la....tgk keadaan tmpt jugak...hehehe..mcm tmpt fyda a dmurah sikit...hehehe....
3. Maskahwin / wang hantaran:
Mas kahwin = Ikut negeri / suka hati nak beri berapa / ikut kemampuan diri. Kalau tak silap sekarang wang hantaran RM 10,000 tu standard kot. Tapi ikutlah, kalau tak mampu, cakap siang-siang. Tetapi pihak lelaki kalau dah ada pasangan dan nak berkahwin, cepat-cepat simpan duit tau untuk masuk meminang. Takut kalau tak mampu, nanti kena tolak pula pinangan tu. Tapi jangan salah faham ye, wang hantaran tu selalunya untuk orang-orang biasa macam kita ni akan digunakan untuk beli set bilik tidur, bayar duit makan kenduri dan bayar oakej kahwin tau. Kalau ada lebih barulah pengantin ambil atau diberikan kepada ibu bapa untuk bayar apa-apa yang patut.

4. Belanja hantaran:
Tentukan berapa banyak dulang hantaran nak beri sama ada 5 (lelaki bg perempuan) vs 7 (perempuan bagi lelaki), 7 vs 9 atau 9 vs 11 dulang. Barangnya bagi yang termampu dek badan. Kalau nak bagi yang best-best, tiap-tiap bulan kena beli satu atau dua barang selepas bertunang (Kalau masa tunang anda panjang. Kalau singkat tempoh pertunangan, kena sediakan duit secukupnya ya dari awal.)

5. Pakej kahwin untuk baju, makeup, pelamin, khemah, kos makan beradap, kompang, sound system dll
Ada yang semurah RM 250 (itu pakej tunang yang saya buat) dan ke atas. Mungkin ada yang murah lagi tapi kena tengok. Kalau tak mahu pakej, masih ada masa panjang untuk buat sendiri dan anda kreatif, lebih baik. Tetapi banyak kerja yang perlu dibuat dari awal. Rujuk majalah perkahwinan contohnya Majalah Pengantin boleh membantu anda. Baca selalu/beli secara bulanan untuk tambah ilmu atau tanya kepada mereka yang arif.

6. Cenderahati untuk tetamu majlis anda.
Ini terpulang kepada budget yang anda ada. Ada yang semurah RM 2 0 ke atas untuk seorang tetamu sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang hadir memeriahkan lagi majlis anda.


7. Belanja untuk pergi ke rumah pengantin perempuan / lelaki - kos minyak, penginapan, makan, duit poket dll yang perlu.
Kalau majlis jauh, mungkin kena sediakan bas untuk mudahkan pergerakan saudara-mara. Kena fikirkan juga tempat menginap kalau jauh. Semuanya perlu difikirkan awal dan tempahan awal perlu dibuat.

8. Kad jemputan kahwin.
Cari yang ekonomi. Selalunya kalau buat 1000 keping kad lebih murah dari 500 kad. Tetapi terpulang kepada jumlah jemputan dan jenis kad kahwin yang anda nak. Banyak sekarang ni kad kahwin ekonomi di pasaran. Jangan membazir kepada benda yang selalunya tidak akan disimpan selepas majlis selesai.

9. Kos makan-makan kalau buat majlis lebih dari sehari.


10. Kos berbulan madu.
Ini penting juga. Kalau tak ada banyak budget, pergilah hotel-hotel yang mampu untuk mengecapi bulan madu anda. Jangan lepaskan peluang ini yang sangat manis untuk dilalui pada awal waktu perkahwinan.

11. Kos-kos kontigensi

12. Kos memulakan hidup baru

Kos untuk memulakan hidup baru. Ini selalu orang overlook. Hanya pentingkan persiapan kahwin je. Padahal inilah fasa permulaan untuk bina hidup baru untuk anda berdua. Dinasihatkan masa mula kerja kumpullah sikit-sikit harta contohnya beli TV, radio, sewa rumah dll untuk kemudahan kahwin nanti ya. Tetapi biarlah ikut kemampuan juga.

hehehe...so amcm???? dah sedia??? utk yg dh berkahwin..mesti ad lg yg nak d tmbh..nak d nasihat kn???sam2 lah k...fyda pun nak belajar..hehehe.....


POSTING????

posting posting dan posting... lepas krusus..cerita hangat...posting..."fyda, ko posting mana?" soalan popular...hehehe...semua tu dah di tetapkan..teruskan usaha ja...belajar untuk minat dgn apa yg kita ada...jangan pernah anggap semua itu beban...jiwa pendidik dan pemaju masyarakat perlu kuat dan dalam... =)